Campus Mania 2016, the first campus deals roadshow in Malaysia (bahasa version)

Campus Mania 2016, the first campus deals roadshow in Malaysia

-YouthUnited brings FMCG hot deals to students on campus-

 

26 February 2016, Selangor: Campus Mania kembali lagi tahun ini dengan promosi-promosi yang menarik untuk pelajar-pelajar universiti. Campus Mania 2016 akan diadakan selama 3 hari di kampus-kampus terbesar di sekitar Lembah Klang. Tarikh Campus Mania 2016 adalah pada tarikh 7-9 Mac yang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia, tarikh 14-16 di Universiti Malaya dan tarikh 21-23 di Universiti Kebangsaan Malaysia. Para penaja utama pada tahun ini ialah HP, Jayacom, Libresse, Digi, SYM dan Nestle. Turut bersama ialah vendor-vendor terkenal seperti Silky Girl, Stoned & Co., Caring Pharmacy, Want Want dan ‘food truck’ seperti Big Hug Burger.

 

Sepanjang 3 hari, para pengunjung Campus Mania 2016 dapat berjimat sebanyak 70 peratus dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah bernilai RM5000. Selain itu, hadiah percuma juga diberikan sepanjang 3 hari kepada para pengunjung di Campus Mania 2016.

 

Campus Mania ingin membawa tawaran hebat untuk makanan, barang kecantikan, dan barang keperluan harian kepada para pelajar di kampus. Ia juga merupakan platform untuk jenama-jenama untuk berinteraksi bersama-sama golongan pelajar universiti. Antara aktiviti yang dijalankan setiap hari adalah acara Zumba bersama pelajar yang diaturkan oleh Nestle Nestum dan pemeriksaan BMI secara percuma untuk pelajar-pelajar universiti dan pengunjung Campus Mania 2016. HP juga akan adakan bidaan produk-produk dengan potongan harga bagi gadget dan aksesori IT. Blogger Selebriti Shafiqah Shafie juga akan hadir untuk memberi petunjuk untuk menjaga kulit di booth Caring Pharmacy.

 

Dengan pelaksanaan GST, harga barangan harian semakin tinggi dan pelajar-pelajar universiti menghadapi masalah untuk mengurus pembelanjaan bulanan mereka. Tujuan Campus Mania adalah bagi meringankan beban kos pembelian harian pelajar-pelajar universiti seperti barangan dandanan dan makanan harian. Campus Mania dapat memanfaatkan pelajar-pelajar yang tidak mempunyai masa untuk membeli barang keperluan kerana sibuk dengan kelas dan tugasan harian.

“Sejak 2001 bersama industri ini, kami di FP Avante memahami kelakuan dan kehendak pelajar. Kami ingin memastikan pelajar mendapat keperluan mereka dengan harga yang murah dan senang kerana mereka adalah penting bagi mencendung harapan di masa hadapan. Dengan kenaikan harga barang keperluan dalam harian mereka, penganjur-penganjur kami dengan besar hati ingin meringankan kos keperluan harian pelajar-pelajar universiti dengan memberi potongan harga bagi produk-produk mereka. Campus Mania 2016 membawa tawaran hebat kepada pelajar-pelajar universiti agar mereka mampu jimat dengan harapan mereka berjaya dengan apa jua yang mereka ceburi. Campus Mania 2016 juga akan memanfaatkan jenama-jenama mereka dan publisiti universiti” Faizal Ahmad, CEO, FP Avante