The Tempurung Adventure by UiTM Puncak Alam

The Tempurung Adventure by UiTM Puncak Alam 

Ditulis oleh: Nurul Ashikin Md Saad. 

Email : nurulashikinmdsaad@gmail.com

  
Baru ini pelajar semester 5 jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (Kepujian) Kampus UiTM Puncak Alam, Phytonic Events telah menganjurkan satu program yang diberi nama The Tempurung Adventure yang bertempat di Gopeng, Perak pada 19 dan 20 September 2015, hari Sabtu dan Ahad. Seramai 58 orang peserta termasuk penganjur serta diiringi pensyarah mereka yang bernama Puan Norakmal. Para peserta dan penganjur telah bertolak ke Gopeng, Perak dari UiTM Puncak Alam kira-kira  pukul 7 pagi dan tiba di sana kira-kira pukul 10 pagi. Penaja pakaian dan air minuman para peserta dan juga para penganjur adalah daripada Youth United MY. Setelah tiba di sana, mereka telah diberi taklimat mengenai Gua Tempurung dan juga langkah-langkah keselamatan diri ketika berada didalam gua. Ini kerana, para peserta dan juga para penganjur akan memasuki peringkat yang ke-3 dimana terdapat banyak halangan yang mencabar ketahanan fizikal dan mental mereka.   

 

Setelah hampir tiga jam merempuh halangan dan melihat sendiri keunikan Gua Tempurung iaitu salah satu khazanah alam yang tiada nilainya, mereka akhirnya menamatkan pengembaraan itu dengan penuh rasa teruja dan berpuas hati. Mereka berehat kira-kira dalam 15 minit sebelum bersiap sedia untuk ke lokasi seterusnya iaitu Denai D’ Village dengan menaiki dua buah lori kecil ke sana kerana faktor jalan yang sempit dan merbahaya adalah salah satu penyebab mengapa kenderaan seperti bas tidak dibenarkan membawa penumpang ke tempat pnginapan mereka. Menaiki lori beramai-ramai adalah satu pengalaman baru yang tidak pernah dirasai oleh para peserta mahupun para penganjur. Mereka tiba di tempat penginapan setengah jam kemudian dan dihidangkan dengan makanan tengah hari oleh pihak chalet. Selesai makan, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk aktivit Malam Kebudayaan dan Sukaneka pada keesokan harinya. Mereka akhirnya melepaskan lelah buat seketika dan juga membuat persiapan bagi Malam Kebudayaan.   

 

Tepat pukul 9 malam, para peserta diminta berkumpul di sebuah dewan terbuka kecil bagi untuk aktiviti Malam Kebudayaan dari kumpulan masing-masing. Pelbagai aksi jenaka dan bakat yang ditonjolkon oleh setiap ahli kumpulan pada malam itu. Para penganjur tidak ketinggalan menunjukkan bakat mereka dari segi tarian dan ini menambahkan lagi kemeriahan aktiviti Malam Kebudayaan itu.  
Keesokan paginya, para peserta memulakan hari mereka dengan tarian zumba yang begitu unik sekali dalam masa setengah jam bagi memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti Sukaneka. Aktiviti sukaneka dimeriahi dengan permainan seperti Acid Rain, mencari duit syiling dalam tepung menggunakan mulut, berlari dengan memakai kain batik dan juga membuat tali panjang menggunakan barang-barang yang ada pada badan para peserta. Slesai aktiviti sukaneka yang begitu menyeronokkan, acara penyampaian hadiah bagi pemenang bagi seluruh aktiviti iaitu Malam Kebudayaan dan Sukaneka.  


Selesai penyampaian hadiah, acara diteruskan lagi dengan pemberian cenderamata kepada penunjuk arah semasa ekspedisi di Gua Tempurung iaitu Encik Faizal. Aktiviti diteruskan lagi dengan permainan air yang digelar, “Water Tubing”. “Water Tubing” merupakan aktiviti yang popular di kawasan perkampungan itu. Para peserta akan dilepaskan dengan menggunakan pelampung mengikut arus deras sungai. Ianya ternyata satu aktiviti yang mencabar dan memberi pengalaman baru kepada mereka. Aktiviti “Water Tubing” berakhir 
pada waktu tengah hari dan para peserta pulang ke chalet masing-masing untuk brsiap-siap pulang semula ke UiTM Puncak Alam. Ternyata aktiviti jelajah ke Gua Tempurung memberi impak yang luar biasa kepada mereka serta melahirkan satu perasaan untuk mencintai alam semula jadi. Program seperti The Tempurung Adventure patut diteruskan pada masa akan datang kerana ianya mampu membentuk semangat kerjasama dan berpasukan yang semakin pudar di kalangan para plajar.    
 
Ditulis oleh: Nurul Ashikin Md Saad.