PALAM GLOW AND RUN 2015 #PAGAR15

Assalamualaikum. Hai guys. Nama saya Anwar. Saya merupakan pelajar ijazah sarjana muda jurusan pengurusan acara atau Event Student, UiTM Puncak Alam. Saya merupakan ahli komuniti untuk Ini Pentas Kita (Ipeta Ventures) iaitu kumpulan pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda pengurusan acara.

Hi, saya yang belah kiri, yang kanan tu semestinya Fad Bocey dari Raja Lawak.

Pada 24 Mac 2015 (Selasa) yang lepas, Ipeta Ventures telah menganjurkan sebuah program bergenre larian pada waktu malam iaitu Palam Glow and Run 2015 atau #PAGAR15 di UiTM Puncak Alam. Seramai 400 orang pelari yang terdiri daripada pelajar, pensyarah, staf dan juga orang awam telah menyertai program ini. Program ini merupakan pra projek kumpulan ini sebelum program akhir mereka iaitu Shah Alam Picnic Run 2015 yang bakal diadakan pada 16 Mei 2015 di Taman Tasik Shah Alam.

#PAGAR15 merupakan program larian waktu malam sepanjang 5km yang diadakan di kampus UiTM Puncak Alam sendiri. Konsep larian pada malam itu ialah ‘Glow in The Dark + Color’ dimana setiap peserta dibekalkan glowstick sebelum memulakan larian dan dibaling serbuk warna berbeza di setiap checkpoint yang telah di tetapkan penganjur oleh para sukarelawan. Di checkpoint ke-3, para peserta telah dihidratkan semula dengan minuman Tropicana Twister yang didatangkan khas oleh pihak Youth United.

Selain daripada larian, terdapat bermacam macam aktiviti lain yang turut diadakan di tapak utama program seperti jualan makanan dari foodtruck, persembahan akustik dari kumpulan akustik pelajar UiTM Puncak Alam dan merchandise giveaway daripada IM4UFM dan Youth United.

Antara peniaga fooodtruck yang berniaga pada malam itu ialah Teazer, Tajima Burger, Pasta La Pasta dan lain lain lagi. IM4Ufm telah menjadi radio rasmi untuk program ini dimana mereka telah mempromosikan program #PAGAR15 ini seminggu sebelum program ini berlangsung dan membuat liputan luar ketika program ini sedang dijalankan.  Pihak Youth United pula menambahkan seri untuk program ini dengan memberikan hadiah merchandise mereka untuk para performer dan VIP. Selain itu, program ini juga mendapat liputan dari salah sebuah program sukan di TV3 iaitu Scoreboard.

Sebagai pelajar, program #PAGAR15 banyak memberikan pengalaman dan ilmu baru dalam menguruskan sebuah acara besar. Selain itu, #PAGAR15 juga merupakan batu pengukur dan batu loncatan kepada semua ahli didalam Ipeta Ventures mahupun pelajar lain sebelum memasuki industri/alam pekerjaan dimasa hadapan.

Akhir kata jangan lupa join projek akhir kami iaitu Shah Alam Picnic Run 2015 pada 16 Mei 2015. Jom ramai ramai follow our final event Instagram : @shahalampicnicrun

Untuk lebih info tentang program #PAGAR15 dan event yang bakal kami anjurkan bole follow kami di Twiter dan Instagram @inipentaskita #pagar15 #sapr15