A Student's Guide to Travelling in Ho Chi Minh City, Vietnam (Part 3)

Click here for Part 1 and Part 2.

Day 3

So,harini dapat bangun lewat sebab tkda activity mana pon just nak pergi tgk bangunan bersejarah di Saigon sebab orang ckp bangunan dia cantik-cantik.maklumlah,nak buat kenangan kan. seperti biasa,kami akan menuju ke Malaysia street sebagai destinasi pertama untuk makan.aku pon tk tau lah kenapa asyik makan kat sna mungkin makanan dia kena dengan tekak aku serta murah dan paling penting sekali HALAL.hehe.

Berpandukan pak google dan waze,destanasi kami selepas makan ke Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral atau nama Vietnam nya, Nhà thờ Đức Bà Sài Gòn.fuhhh,susah beno nak sebut.terbelit lidah aku ni.haha. perjalan mengambil masa  12 minit je.dalam 1 km je.tak jauh mana lah.better jalan kaki,dapat sehatkan tubuh badan sambil berjimat.hehe.okay,Notre-Dame ni adalah bangunan bersejarah di Saigon hasil peninggalan dari perancis. Memang cantik lah design bangunan ni. 

Saigon Notre-Dame Basilica Cathedral

Seberang jalan Notre-Dame,korang akan nampak Saigon Central Post Office atau nama Vietnam nya, Bưu điện Trung tâm Sài Gòn mmg tak jauh,jalan 20 langkah dah smpai.seberang jalan je.Cantik gle ouh kat dalam dia. Walaupun dah berpuluhan-puluh tahun tapi bangunan beroperasi seperti biasa. Macam biasalah,beli post card,post kt diri sendiri lah.hehe. post card ni je ole2 aku kt Vietnam ni.nak beli benda lain tk mampu.hehe.

 

Saigon Central Post Office

Lepas dah settle kat sini,pergi ke Diamond Mall,sje nk tgk apa barang murah,mana lah tau ada branded murah kan,next time sapa2 nak datang boleh minta belikan.last-last,tgk harga,sama je macam Malaysia.baik beli kat Malaysia je.lagi senang.hehe.lepas tu,bergerak ke Saigon Theatre. Just nak tgk bangunan dia,sebab banyak review ckp kt sni lawa.tak jauh pon ,dalam 10 minit berjalan dari Diamond Mall.sambil jalan tu boleh lihat bangunan2 di waktu malam yg cantik dah menarik.cewahh.bagi aku,Saigon Theatre mmg unik dan structure yang menarik.Kteorg tk bernasib baik melihat bangunan Fine Art Museum disebab bangunan sedang di baik pulih. Tak taulah, sbb aku sampai pon dah malam dengan keadaan bangunan sedang di baik pulih,so aku predict tempat ni tutup.hehe.

Saigon Theatre

So,kami kembali ke Malaysian Street untuk dinner. Selepas dinner, aku mencari trip untuk Mekong River. Selepas membuat survey dari 1 tempat ke 1 tempat, price yang aku dapat dalam 270,000 Dong.actually price dia 320,000 Dong tapi kami minta nego price smpai 270,000 Dong. Bagi aku,Mekong Tour ni antara yang termurah lah juga compare tour lain. Lagipon, Food include dalam package.so,kami tk pening mana dah nk cari tempat nk lunch. Selepas kesemuanya settle,kami balik untuk rest tour esk. Sumpah , letih juga lah berjalan harini walaupun nmpk dekat tapi seharian juga berjalan.hehe